Tuesday, 26 April 2011

Tak Perlu Berahsia

Anda ada membaca entri ini?

Memang kita kadangkala berasa tidak selesa dan rimas dengan segala macam soalan yang dikemukakan oleh doktor.

Tapi ketahuilah, segala informasi itu diperlukan oleh mereka untuk mendiagnos apa penyakit yang di alami oleh anda.

Anda memang tidak sepatutnya berahsia dengan doktor anda.  Diagnos yang tidak tepat tentang penyakit anda, akan membawa musibah jika doktor memberikan anda rawatan yang sebaliknya berkenaan penyakit anda dan akibatnya penyakit itu akan berpanjangan yang secara tidak langsung akan membawa kepada penyakit yang lain pula.

Anda seharusnya memberitahu doktor antaranya:-

§  Jenis vitamin atau supplemen yang diambil
Seiring dengan perubahan masa, kita amat peka dengan pengambilan segala macam vitamin dan supplemen yang diperlukan oleh tubuh.  Sebenarnya ada di antara vitamin dan supplemen tersebut tidak diperlukan oleh tubuh anda.  Atau mungkin anda mengambilnya dengan dos yang berlebihan dari yang diperlukan oleh tubuh.  Jadi jujurlah dengan doctor agar mereka boleh memberikan saranan tentang apa yang diperlukan dan berapa banyak yang perlu diambil.

§  Perokok atau peminum alkohol
Rokok dan alkohol sememangnya diketahui tidak baik untuk kesihatan tubuh badan manusia.  Jadi, memberitahu doktor tentang kuantiti yang diambil oleh anda pasti membantu doktor untuk memberikan saranan yang sepatutnya.

§  Stres atau tertekan
Stres amat mempengaruhi kesihatan diri anda.  Berterus teranglah dengan doktor jika anda melaluinya.

§  Sejarah keluarga
Memang ada sesetengah penyakit yang diwarisi secara faktor keturunan.  Jika ada, beritahu doktor anda terutama sekali doktor yang anda anggap sebagai doktor keluarga kerana ianya amat berguna di masa akan datang jika anda mendapat sebarang penyakit.

§  Ada anggota tubuh yang tidak berasa selesa
Mungkin ada sesetengah orang berasakan tidak selesa pada bahagian tertentu badan anda.  Dan anda rasa ianya adalah sesuatu yang amat remeh.  Ketahuilah bahawa sesuatu yang anda anggap remeh itu mungkin dapat membantu kesihatan anda dari menjadi lebih teruk lagi.





012-3045395 / anuar_salmiah@yahoo.com

No comments: