Saturday, 5 March 2011

Anda Sakit Tapi Doktor...

Anda sakit dan pergi berjumpa doktor. Tapi, doktor pula banyak bertanya soalan itu dan ini.

Kadangkala anda terfikir, apa guna berjumpa doktor jika anda yang perlu memberikan jawapan terhadap penyakit yang anda alami....

Jangan marah dan sakit hati!

Kerana itu adalah caranya doktor untuk mengetahui apa yang telah berlaku. Apa simptom-simptom yang anda alami.

Ini kerana, jika anda berkata yang anda demam, doktor pasti mahu tahu simptom-simptom yang lain. Ada penyakit yang berlainan tetapi simptomnya adalah seakan-akan sama. Oleh kerana itu, doktor akan bertanya lebih banyak dan lebih lanjut untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang penyakit yang anda alami itu...

Apakata, selepas banyak soalan yang diajukan oleh doktor sampai anda pun naik lenguh mulut untuk menjawab, anda pula bertanya soalan kepada doktor?

Antara soalan-soalan cepumas tu ialah:-
> apa penyakit yang anda hidapi
> apa ubat atau rawatan yang anda perlukan?
> adakah pilihan rawatan yang lain?
> jangka masa rawatan, penyembuhan atau berapa lama anda perlu mengambil ubat?
> adakah anda perlu dirujuk kepada doktor pakar. Jika iya, minta doktor rujukan.
> risiko dan prognosis (apa yang berlaku selepas rawatan)
> cara pencegahan
> kesan penyakit kepada orang lain, terutama keluarga
> minta ringkasan laporan dari doktor





No comments: