Anda rajin bersenam?
Atau baru nak berjinak-jinak dengan aktiviti senaman.
Mari kita kihat apa yang perlu kita lakukan sebelum memulakan aktiviti tersebut.
1. Mulakan senaman dengan perlahan. Mula-mula 15 minit kemudian bertambah lagi bila anda dah mulai selesa dan cergas.
2. Jangan lupa warm-up sebelum bersenam dan juga warm-down selepas bersenam.
3. Jangan paksa diri anda jika anda sukar bernafas semasa melakukan senaman, berhentilah dahulu.
4. Pakai baju yang longgar dan kasut yang sesuai.
5. Minum air yang cukup sebelum, semasa dan selepas bersenam.
6. Bekalan gula-gula perlu ada dalam poket anda jika anda ada diabetes.
7. Jika anda terlalu lapar atau kenyang, jangan bersenam.
8. Waktu yang sesuai adalah sebelum 9.30 pagi dan selepas 6 petang.
9. Cari tempat yang rata, terang, redup.
No comments:
Post a Comment