Saya pernah pergi ke satu slimming center yang popular.
Kononnya dapat satu free trial session.
Dah set appointment, pergilah.... Saya diberi seorang consultant yang sangatlah peramahnya dan bersopan santun.
Kemudian saya diberi penerangan itu ini dan diberitahu tang mana bahagian badan saya yang perlu di make over...
Sesi pun bermula selepas diambil berat badan.
Sambil consultant tu buat treatment, dia pun explain lah itu ini gitu gini sampai saya pun naik rimas, 'dia ni tak penat ke asyik bercakap jer...'
Bila dah habis sesi, sesuatu yang amat-amat memeranjatkan saya berlaku.
Mereka memujuk sehingga ke arah memaksa saya untuk mengambil sesi yang lebih lengkap (pekej) dengan kos yang amat mahal, 1K++.
Bila saya katakan saya takde membawa cash sebanyak itu, mereka mengatakan. 'oh, u boleh pegi atm sekarang. Kami boleh temankan anda ke atm machine' Begitu sekali....
Tapi yang lagi dahsyat, yang sungguh tidak disangka ialah bila saya katakan saya takde bawak atm kad. Nak tau apa mereka katakan? 'Oh, kami boleh ikut anda balik ke rumah dan anda boleh serahkan duit tu kepada orang itu....' Huhuhu.... tegezut gaban saya....
Bila saya berikan alasan yang bermacam-macam untuk mengelak, akhirnya consultant tu tanya lagi. 'U ada bawak duit tak? U letak deposit dululah....' Saya katakan saya hanya membawa bersama saya ic, lesen memandu dan rm50 sahaja (memang itu sebenar-benarnya). Wahhhhh.... sungguh tidak disangka, duit rm50 sahaja itupun mereka mintak.... Saya berikan kerana saya dah tak tahan, terlalu lama saya berada di dalam bilik tu, di brain wash macam-macam.... Sudahnya, saya balik dengan membawa ic dan driving license sahaja....
Semenjak dari itu, saya memang menjauhi semua slimming center walaupun mereka menawarkan pekej murah.... Serik rasanya....
Tapi, hari tu hujung tahun ada satu promoter ni promote satu slimming center yang dutanya adalah seorang selebriti terkenal, ibu tunggal. Hanya bayar rm30 untuk dapat a few coupun yang membolehkan anda membuat beberapa sesi pilihan. Kollig saya membelinya....
Bilamana mereka ke slimming center tu, kollig saya katakan bahawa dia hanya datang untuk mendapatkan sesi yang ditawarkan seperti di dalam kupon itu sahaja.... Tapi, kollig saya adalah 'ditahan' didalam sebuah bilik oleh staff center tu memujuk dengan harapan kollig saya menyertai pekej mereka yang lebih mahal. Bermacam-macam alasan yang diberikan oleh staff center tuh.... Kollig saya berada di sana lebih dari 3 jam semata-mata mendengar penerangan dan pujukan dari staff center tu tanpa dapat membuat satu sesi pun.... Bayangkannn....
Adakah ini boleh diklasifikasikan sebagai samseng?
Mungkin kasar bunyinya. Kerana samseng adalah perkataan untuk sesuatu yang ganas dan tidak bertimbangrasa... Tapi walau dengan kata-kata yang manis tetapi memaksa dengan cara yang halus, tidakkah itu sesuatu yang bersamaan dan sewaktu dengannya?
Renung-renungkan...... wahai semua slimming center....
No comments:
Post a Comment