Dari segi perubatan, kandungan matang pada usia 38 minggu.
Sekiranya bayi lahir sebelum usia 38 minggu, maka bayi itu dianggap sebagai pramatang. Tidak kira samada dia dilahirkan secara normal atau caesarean.
Tetapi, jika bayi berusia 36 minggu dan beratnya adalah 2.5kg ke atas, maka bayi tersebut boleh dikira sebagai bayi matang. Ini kerana walaupun usianya adalah 36 minggu, tapi disebabkan beratnya, maka peluang kelangsungan hidup adalah tinggi sama seperti bayi berusia 38 minggu.
Bayi pramatang mempunyai beberapa masalah yang kadangkala serius. Sebagai contoh, masalah pernafasan kerana paru-paru tidak matang, jantung berlubang, kegagalan organ dalaman seperti buah pinggang, hati dan usus. Mereka juga boleh mengalami masalah mata, telinga dan elektrolite dalam badan.
Oleh kerana bayi pramatang mempunyai masalah perubatan yang tersendiri, pembedahan caesarean untuk kandungan berusia di bawah 38 minggu adalah tidak digalakkan kecuali dalam keadaan tertentu. Keadaan tertentu itu adalah atas sebab perubatan seperti darah tinggi, kencing manis, tumbesaran bayi tidak normal dan air ketuban pecah terlalu awal. Bergantung kepada keadaan ibu dan bayi.
Kaedah caesarean bagi kandungan di bawah usia 38 minggu tanpa sebab perubatan adalah tidak tepat.
- Dr.Suhaimi Isa, Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pantai Ampang.
(Berita Minggu, 13 Februari 2011)
No comments:
Post a Comment