Monday, 14 February 2011

Asma

Asma adalah penyakit paru-paru kronik disebabkan kereadangan saluran udara pada paru-paru.

Apabila terdedah kepada bahan yang mencetuskan keradangan, dinding saluran udara ke paru-paru menjadi tebal dan sempit. Akibatnya, pesakit asma mengalami gejala seperti sesak nafas, mengah, dada terasa sempit atau ketat serta batuk.

Gejala dan Faktor Risiko
> boleh bersifat ringan, sederhana atau teruk
> berbeza dari semasa ke semasa dari satu episod ke episod serangan seterusnya sama ada dalam tempoh beberapa jam, hari, minggu dan bulan. Dalam masa beberapa jam, seseorang pesakit boleh menunjukkan gejala asma yang berbeza. Biasanya pesakit mengalami gejala lebih teruk pada waktu malam dan awal pagi.
> serangan asma boleh berulang pada bila-bila masa atau hilang untuk satu jangkamasa yang lama sebelum menyerang semula.
> gejala asma juga berbeza antara pesakit, walaupun kedua-duanya menghidap asma begi tempoh sama.
> sejarah asma atau alahan dalam keluarga (ini termasuklah ekzema dan alahan rinitis)
> pendedahan terutama ketika bayi terhadap bahan-bahan elergen seperti habuk kutu rumah, asap rokok dan bahan kimia domestik.

Tanda-tandanya
~ adakah anak anda mengalami masalah pernafasan berbunyi kasar berulang kali?
~ adakah anak anda kerap batuk sehingga mengganggu tidurnya pada waktu malam?
~ adakah pernafasan anak anda menjadi kasar atau terbatuk-batuk selepas terdedah pada elergen atau pencemaran udara?
~ adakah selsema anak anda 'sampai ke dada' atau berlanjutan melebihi 10 hari?
~ adakah gejala yang anak anda alami berkurang dengan rawatan anti asma tertentu?

Jika jawapannya 'Ya' pada satu atau lebih pada soalan diatas, ia mungkin menandakan anak anda menghidapi asma. Bawalah anak anda berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya.

Faktor pencetus
= selsema dan flu
= pencemaran udara
= kehadiran alergen (habuk kutu rumah, spora, debunga, bulu haiwan peliharaan, kulat)
= senaman atau aktiviti cergas
= sesetengah makanan (terutama makanan sejuk) dan bahan yang ditambah dalam makanan
= sesetengah ubat dan persediaan herba
= asap rokok
= cuaca sejuk

Tahukah anda, pada sesetengah kanak-kanak, bau asap rokok yang melekat pada baju juga sudah boleh menyebabkan mereka sukar bernafas...



No comments: