Friday, 25 February 2011

Apa Yang Anda Tahu Tentang Rhesus Darah?

Tahukah anda bahawa 90% wanita Asia memiliki rhesus darah positif. Hanya 2% wanita Melayu dikesan mempunyai rhesus negatif.

Pernah buat pemeriksaan darah?

Jika pernah, terutama wanita yang pernah mengandung, pastinya anda akan diberitahu, darah anda adalah A+ atau B+ etc...

Ketahuilah, bahawa anda tidak hanya perlu tahu kelas darah anda, A @ B @ O @ AB, tapi anda juga perlu tahu rhesus anda. Samada positif (+) atau negatif (-).

Jika anda memberitahu jenis darah anda, jangan ditinggalkan rhesus itu. Perlu lengkap iaitu A+ atau B-. Macam arwah along saya dahulu, masa dia sakit memang susah nak cari bekalan darah dia sebab dia adalah darah kelas O. Penderma yang baik tetapi penerima yang paling susah....

Bagi anda, wanita yang mengandung, ketahuilah bahawa sesungguhnya anda perlu mengambil tahu tentang jenis dan rhesus darah anda. Begitu juga dengan suami anda. Bukan darah anda sahaja tau!!!!

Ini kerana, jika rhesus anda dan suami adalah berbeza, maka kebarangkalian untuk anak anda mendapat rhesus berlainan daripada rhesus si ibu adalah amat tinggi.

Apa risikonya?

Oleh kerana bayi adalah gabungan baka ayah dan ibu, badan ibu akan menghasilkan antibodi untuk 'menolak' bayi yang dianggap sebagai bahan asing, membolehkan si ibu mengalami pendarahan sama ada sebelum atau selepas melahirkan anak.

Sistem darah ibu hamil akan mengenali sistem darah anak sebagai sistem asing dan seterusnya mencetuskan pembentukan antibodi yang akan melawan sel darah janin dan juga anak sejurus kelahiran. Akibatnya daraha nak rosak serta berlaku pendarahan semasa dalam kandungan atau selepas kelahiran. Janin dalam kandungan juga mungkin gagal diselamatkan.

Oleh sebab itu, pemeriksaan ultrasound adalah penting semasa mengandung.

Faktor rhesus ibu dan anak yang berbeza tidak akan menjadi persoalan di kehamilan pertama. Tetapi di kehamilan yang seterusnya ia mungkin akan mendatangkan komplikasi kepada bayi.

Jadi, ketahuilah jenis dan rhesus darah anda dan juga pasangan.... Mungkin kita boleh mengatasi komplikasi diperingkat awal kehamilan dan langkah berjaga-jaga boleh di ambil...


Kredit: Berita Minggu 13 Februari 2011





No comments: