Wednesday 2 March 2011

Gigi


Di dalam mulut kita ada ratusan juta bakteria malah ada laporan yang menyatakan bahawa dalam setiap miligram plak gigi mengandungi 1,011 bakteria.

Bukan semua bakteria dalam mulut membahayakan kerana sebahagian besarnya diperlukan untuk proses semulajadi yang normal.

Jangkitan di rongga mulut boleh menyebabkan pelbagai penyakit keradangan seperti radang sendi dan radang usus. Kemajuan perubatan juga mengenal pasti bakteria rongga mulut menunjukkan jangkitan pada gigi boleh menyebabkan penyakit jantung dan pembuluh darah, penyakit paru-paru, kencing manis dan barah.

Oleh sebab itu, penjagaan gigi amat penting bukan saja untuk kesihatan yang baik tetapi juga memberi keyakinan diri yang tinggi apabila berkomunikasi dengan orang lain.

Penjagaan gigi dan gusi perlu bermula sebaik saja gigi bayi tumbuh. Ibu bapa perlu mendidik anak mereka untuk menjaga gigi mereka supaya gigi mereka sihat dan tetap cantik setelah dewasa.

Seperti gigi kekal yang sepatutnya bertahan sepanjang hayat, gigi susu juga ada peranan penting untuk mengunyah makan dengan sempurna, bercakap dengan jelas dan memupuk rasa harga diri yang baik.






2 comments:

Miecyber said...

Maklumat terperinci..I like it..

http://salmiahpb.blogspot.com/2011/03/gigi.html

Nizam said...

terima kasih atas perkongsian kak... :)