Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Tuesday, 26 April 2011

Tak Perlu Berahsia

Anda ada membaca entri ini?

Memang kita kadangkala berasa tidak selesa dan rimas dengan segala macam soalan yang dikemukakan oleh doktor.

Tapi ketahuilah, segala informasi itu diperlukan oleh mereka untuk mendiagnos apa penyakit yang di alami oleh anda.

Anda memang tidak sepatutnya berahsia dengan doktor anda.  Diagnos yang tidak tepat tentang penyakit anda, akan membawa musibah jika doktor memberikan anda rawatan yang sebaliknya berkenaan penyakit anda dan akibatnya penyakit itu akan berpanjangan yang secara tidak langsung akan membawa kepada penyakit yang lain pula.

Anda seharusnya memberitahu doktor antaranya:-

§  Jenis vitamin atau supplemen yang diambil
Seiring dengan perubahan masa, kita amat peka dengan pengambilan segala macam vitamin dan supplemen yang diperlukan oleh tubuh.  Sebenarnya ada di antara vitamin dan supplemen tersebut tidak diperlukan oleh tubuh anda.  Atau mungkin anda mengambilnya dengan dos yang berlebihan dari yang diperlukan oleh tubuh.  Jadi jujurlah dengan doctor agar mereka boleh memberikan saranan tentang apa yang diperlukan dan berapa banyak yang perlu diambil.

§  Perokok atau peminum alkohol
Rokok dan alkohol sememangnya diketahui tidak baik untuk kesihatan tubuh badan manusia.  Jadi, memberitahu doktor tentang kuantiti yang diambil oleh anda pasti membantu doktor untuk memberikan saranan yang sepatutnya.

§  Stres atau tertekan
Stres amat mempengaruhi kesihatan diri anda.  Berterus teranglah dengan doktor jika anda melaluinya.

§  Sejarah keluarga
Memang ada sesetengah penyakit yang diwarisi secara faktor keturunan.  Jika ada, beritahu doktor anda terutama sekali doktor yang anda anggap sebagai doktor keluarga kerana ianya amat berguna di masa akan datang jika anda mendapat sebarang penyakit.

§  Ada anggota tubuh yang tidak berasa selesa
Mungkin ada sesetengah orang berasakan tidak selesa pada bahagian tertentu badan anda.  Dan anda rasa ianya adalah sesuatu yang amat remeh.  Ketahuilah bahawa sesuatu yang anda anggap remeh itu mungkin dapat membantu kesihatan anda dari menjadi lebih teruk lagi.





012-3045395 / anuar_salmiah@yahoo.com

Bio Aura Hi-Tech Water System - Part III


Periksa penapis A (penapis seramik)
dari semasa ke semasa.


Pusingkan penapis A (bersama bekas lutsinar)
mengikut arah LAWAN JAM
dan angkatnya ke atas.


Tarik penapis seramik ke atas
secara perlahan-lahan dari bekas lutsinar.


Bersihkan permukaan seramik
dengan berus lembut di bawah air mengalir.


Masukkan semula penapis seramik
secara perlahan-lahan ke dalam bekas lutsinar.


Tutupkan bekas lutsinar dengan
penutupnya dan masukkan semula
ke dalam unit Bio Aura.


Ketatkan penapis A mengikut ARAH JAM. 
Biar tapisan air mengalir sekurang-kurangnya
selama 5 minit sebelum menggunakannya semula.





012-3045395

Thursday, 21 April 2011

10 Tips Untuk Anda

Elak makan secara berlebihan

o  Makan dengan perlahan
Makan terlalu cepat membuatkan anda cenderung makan berlebihan.

o  Ambil nafas
Bila duduk di meja makan dan perlahan-lahan ambil makanan.  Ini membuatkan anda sedar apa yang ada di atas meja dan apa yang sedang dan akan anda nikmati.

o   Beri perhatian
Perhatikan bentuk makanan dan komposisi warna hidangan di samping anda menikmati rasanya.

o   Selesaikan setiap kunyahan
Pastikan bahagian yang anda sedang kunyah telah habis ditelan, barulah anda ambil bahagian yang lain untuk dimakan.

o   Potongan kecil
Melambatkan masa anda makan agar memberi peluang kepada tubuh memberi signal anda sudah kenyang.

o  Aktiviti lain
Makan sambil buat aktiviti lain seperti menonton tv, bekerja atau membaca tidak memungkinkan anda untuk memerhatikan serta menikmati makanan dengan sebaiknya.

o  Kawal kuantiti
Makanan yang anda ambil terutama sekali bila makan di restoran.

o  Gantikan ukuran pinggan
Pinggan yang kecil mudah kelihatan penuh dan banyak.

o  Tunggu waktu
Tunggu 10 hingga 20 saat sebelum anda menyuap makanan seterusnya.  Jika sudah kenyang, hentikan makanan.

o  Pakai korset Premium Beautiful
Pemakaian korset PB akan membuatkan anda secara automatik kurang mengambil kuantiti makanan.





012-3045395 / anuar_salmiah@yahoo.com

Saturday, 16 April 2011

Far Infrared Ray (FIR) - Part III

Kesan Sinaran Infrared Jarak Jauh (FIR) kepada rahim dan vagina wanita jika anda memakai korset Premium Beautiful.

·         membantu mengangkat dan menegangkan kembali rahim pada bentuk asal

·         membantu merawat masalah-masalah yang berkaitan dengan rahim

·         membantu merawat keputihan dan masalah haid yang tidak teratur

·         membantu melembapkan jalanan di dalam vagina tanpa merengsakan

·         membantu menghalang jangkitan pada vagina dan pundi (bladder)

·         membantu menjadikan dinding dan pintu vagina anda lebih elastik dan ketat semulajadi- menambah dan mengaktifkan cairan semulajadi di dalam faraj, menjadikan anda wanita yang paling istimewa kepada suami.  Keistimewaan yang hanya anda dan suami dapat rasainya. (ditambah dengan pengambilan pil Herba Maharani – perrghhh… mantap!)





012-3045395 / anuar_salmiah@yahoo.com

Tuesday, 12 April 2011

Kenapa Takde Perubahan?

A few of my friend or prospect bila saya perkenalkan dengan korset Premium Beautiful ni, mereka dengan segera menolak dengan beri alasan.

Oh, i dah ada dahhhh korset nih... Takde pape perubahan pun bila i pakai. Penat jer...

Takpun, alasan ini...

Buang duit aku jer beli mahal-mahal. Dahlah ketat, takleh nafas plak tuh....

Yang ini...

Susah lah nak pakai korset nih. Nak kena mintak tolong orang lah pulak nak pakainya. Orang ada suami boleh lah...

Ini pulak...

Akak pagi-pagi ada masalah lah nak pakai. Dah lah nak urus anak-anak pegi sekolah, nak masak breakfast lagi. Dah settle sumer, masa tinggal berapa minit jer nak siap pi ofis. Mana ada masa nak pakainya? Dahlah tu, ketat plak...

Huiiihhh.... macam-macam alasan yang saya dapat bila nak beritahu barang yang bagus nie...  Apatah lagi bila mendengarkan harganya. Bertambah lagilah alasan yang diberi.

Anda semua yang tersayangggg.... Mari saya bagitau jawapan saya untuk semua alasan di atas

1. Takde perubahan? Silalah pakai minimum lapan jam sehari. Apa susah, bila nak pegi kerja pakai, kan ker dah lebih 8 jam tu?  Minum air banyak - 8 gelas sehari. Pakai setiap hari, jangan culas, jangan malas, main skipping plak...

2. Ketat? Anda pasti anda membeli korset PB dari agen yang berdaftar dan bertauliah? Ataupun orang yang menjual tu adalah orang tengah. Sebab kalau ketat bermakna itu bukan saiz anda. Memangggg.... korset semuanya pun ketat, tapi bila kami ukur ikut ukuran badan anda, semestinya ia selesa bila di pakai - tidak ketat dan tidak longgar.

3. Susah nak pakai? Hurrrmmm.... ada caranya. Bila anda beli korset PB nih dgn saya, saya akan ajar anda cara-cara memakainya tanpa bantuan orang lain. Gerenti sekejap jer anda dah expert dahhhh....

4. Takde masa? Susah nak buang air bila ke tandas? Isshhh... cuba anda pakai setiap hari. Pasti anda akan expert dan masa pemakaian juga akan jadi lebih cepat dan tangkas. Tiada masalah lagi...

Anda ada soalan dan alasan lagi?  Sila hubungi saya di     012-3045395 atau di anuar_salmiah@yahoo.com





Monday, 11 April 2011

Peliharalah Bentuk Badan Anda

Mengekalkan bentuk badan adalah penting untuk lelaki dan wanita.  Tetapi ianya lebih penting untuk kaum wanita dek kerana sifat semulajadi wanita yang ingin kelihatan cantik dan menawan.

  1. Jangan menahan lapar - kurangkan makan TETAPI jangan tahan lapar sebab kelaparan akan menggalakkan anda mengambil makanan yang lebih manis especially gula-gula.
  2. Jangan makan secara berlebihan - selalunya orang akan makan bila lapar dan berhenti bila sudah terasa kenyang.  Ini akan mengakibatkan kembung perut.  Sebagai seorang muslim, Nabi s.a.w. menggalakkan kita berhenti makan sebelum kenyang.
  3. Amalkan gaya pemakanan yang sihat - diet yang seimbang mengandungi daging, kanji, sayur-sayuran, buah-buahan dan air akan membantu anda mengekalkan bentuk badan yang menarik dan seimbang.
  4. Bersarapan - sarapan pagi secara konsisten pasti dapat mengekalkan bentuk badan kerana ia mengurangkan selera makan sepanjang hari.
  5. Mengamalkan makan malam yang ringan - kurangkan pengambilan kanji dan lemak yang berlebihan sewaktu makan malam
  6. Minum air kosong - sekurang-kurangnya lapan hingga sepuluh gelas sehari untuk proses penggantian air yang hilang dari badan setiap hari.
  7. Dapatkan masa rehat yang cukup - pemakanan yang seimbang perlu diiringi dengan rehat yang seimbang juga untuk mengelakkan penambahan berat badan.
  8. Pemakaian PREMIUM BEAUTIFUL - dapat membantu anda mengekalkan bentuk badan.

 


   012-3045395 / anuar_salmiah@yahoo.com

Sunday, 10 April 2011

Perbezaan Jualan Langsung dan Skim Piramid

Jualan Langsung (MLM)
  • Bayaran bonus berdasarkan jumlah jualan
  • Tidak mensyaratkan untuk membeli barang
  • Ahli perlu lakukan jualan ulangan (maintenance sale)
  • Bebas untuk menaja bilangan ahli
  • Setiap ahli mempunyai satu akaun sahaja
  • Menekankan kelebihan produk dan jumlah jualan yang perlu dibuat
  • Sah di sisi undang-undang

Skim Piramid (SLM)
  • Bayaran bonus berdasarkan bilangan penajaan
  • Mensyaratkan pembelian sejumlah produk
  • Hanya melibatkan satu kali pembelian sahaja
  • Menghadkan bilangan penajaan
  • Membenarkan re-entry tanpa had
  • Mengutamakan bilangan penajaan dan disusun secara geometri
  • Tidak sah di sisi undang-undang




Saturday, 5 March 2011

Anda Sakit Tapi Doktor...

Anda sakit dan pergi berjumpa doktor. Tapi, doktor pula banyak bertanya soalan itu dan ini.

Kadangkala anda terfikir, apa guna berjumpa doktor jika anda yang perlu memberikan jawapan terhadap penyakit yang anda alami....

Jangan marah dan sakit hati!

Kerana itu adalah caranya doktor untuk mengetahui apa yang telah berlaku. Apa simptom-simptom yang anda alami.

Ini kerana, jika anda berkata yang anda demam, doktor pasti mahu tahu simptom-simptom yang lain. Ada penyakit yang berlainan tetapi simptomnya adalah seakan-akan sama. Oleh kerana itu, doktor akan bertanya lebih banyak dan lebih lanjut untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang penyakit yang anda alami itu...

Apakata, selepas banyak soalan yang diajukan oleh doktor sampai anda pun naik lenguh mulut untuk menjawab, anda pula bertanya soalan kepada doktor?

Antara soalan-soalan cepumas tu ialah:-
> apa penyakit yang anda hidapi
> apa ubat atau rawatan yang anda perlukan?
> adakah pilihan rawatan yang lain?
> jangka masa rawatan, penyembuhan atau berapa lama anda perlu mengambil ubat?
> adakah anda perlu dirujuk kepada doktor pakar. Jika iya, minta doktor rujukan.
> risiko dan prognosis (apa yang berlaku selepas rawatan)
> cara pencegahan
> kesan penyakit kepada orang lain, terutama keluarga
> minta ringkasan laporan dari doktor





Wednesday, 16 February 2011

Sakit Kuning

Pada sapa-sapa yang ada new born baby, sure risau kan takut-takut baby kena sakit kuning....

Kalau orang tua-tua dia akan jemur baby tu kat sinaran mentari pagi.

Sure, sumer pun dok pikir, napa pagi? Napa tak mentari petang?

Huhuhu.... korang tau tak yang orang dolu-dolu lagik pandei dari korang tau.....

Sobab eiiii.... dari sinaran mentari pagi adalah yang paaaaaling banyak Sinaran Jarak Jauh Inframerah (Far Infrared Ray - FIR).

Macam pernah dengar jer, FIR?

Berita baik untuk anda yang telah mempunyai set lengkap Premium Beautiful. Set lengkap sure ada 3 pcs kan? Consist of Long Bra, Long Girdle dan Waist Nipper.


Haaa.... takkanlah korang nak pakaikan baby tu Long Bra plak kan? Ke Long Girdle plak.... Tapi korang pakaikan anak korang ngan Waist Nipper tu. Ianya adalah panjang, so korang just balut jer baby tu ngan Waist Nipper. Dah tak yah jemur-jemur lagi dahhhhh..... Eh, tapi kalau ada baby twins, korang belasah pakaikan dengan Long Bra pun boleh gak. Kan sumer benang-benang Premium Beautiful di sulam ngan FIR? Takde masalah lah... Cuma orang akan nampak cam alien lah sket kalau dia pakai Long Bra tuh.... huhuhu.....

Jadi, korang dah tak yah nak gi sepital. Check darah lah, baby kena masuk kat dalam set tu (amende namanya tu?) siap kena tutup mata lagik ngan eye pad. Siannnn baby...

Hubungi saya di anuar_salmiah@yahoo.com ataupun boleh sms di 012-3045395 dan anda akan dihubungi semula.




Wednesday, 9 February 2011

18SX Entry

Teetttttt.....

Bawah 18 tahun adalah di larang membacanya. Kalau nak baca jugak, risiko tanggung sendiri aaaa.....

Anda semua tahu yang PB harus di pakai untuk selama 8 jam sehari. Bersamaan dengan office hour anda.

Bermakna, bila nak pegi keja pepagi tu, kita dah pakai. Bila balik petang, baru kita bukak. Sure 8 jam lebih, kannnn????

Tapi, camana pulak yang tak sempat nak pakai di siang hari? Maklumlah, kekadang tu bangun lambatlah, anak nak gi sekolah plak meragamlah, sakit perut lah, issshhhh.... macam-macam lagilah....

Haaaa.... worries no more!!!!

Anda boleh pakai di waktu malam. Pas mandi petang tuh, sila lah pakai untuk di bawak tidur.... Sok pagi bangun gerenti dah dapat 8 jam or more....

Tapi, AWAS!!!!

Peringatan untuk para isteri..... Tak boleh dibuat selalu.... pakai di waktu malam. Almaklumlah, nak bukak 3 keping tuh, pastu ketat-ketat pulak sumernya.... hurrrmmm.... boleh kurang pahala satu malam, you....

Oleh itu, para isteri.... buat sesekali boleh, jangan selalu yea....

Motipnya:- Janganlah bagi alasan yang bukan-bukan untuk tidak memakai PB di waktu siang hari. Anda dah buat investment membelinya, kenapa anda mesti tolak ia ketepi dek kerana alasan remeh? Renung-renungkan....

Hubungi saya di anuar_salmiah@yahoo.com ataupun boleh sms di 012-3045395 dan anda akan dihubungi semula.




Wednesday, 26 January 2011

Tips Kesihatan

Nak shortcut untuk sihat?

1. Sarapan pagi
WAJIB. Makan buah atau roti (whole meal lebih bagus). Nak makan half-boiled egg pun boleh - lebih bagus utk sistem metabolisme tubuh.

2. Minum air secukupnya
Lapan gelas atau 2 liter sehari. Tapi kurangkan yg manis dan berkarbonat.

3. Pilihan makanan
Yang berkualiti dan berkhasiat. Jangan makan banyak junk food dan fast food.

4. Makan 5 kali sehari
Selain 3 waktu utama - sarapan pagi, makan tengahari, makan malam - makan di antara waktu juga boleh diamalkan jika anda lapar. Makanlah buah-buahan. Elakkan supper atau makan lewat malam. Eiii... byk nya makan... Knp? Takut gemuk? Tidak lagi jika anda memakai set Premium Beautiful...

Hubungi saya di anuar_salmiah@yahoo.com ataupun boleh sms di 012-3045395 dan anda akan dihubungi semula.