Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Tuesday, 3 May 2011

Hemofilia

Adalah gangguan pendarahan sepanjang hayat yang menghalang darah daripada membeku secara normal disebabkan kekurangan faktor pembekuan.

Ini mengakibatkan pendarahan berpanjangan, justeru kecederaan kecil atau luka biasa boleh membawa kesan buruk serta membahayakan seseorang yang menghidapi hemofilia, apatah lagi jika berlaku pendarahan dalaman.

Tahukah anda ketika ini dianggarkan 2,200 orang di Malaysia mengalami masalah pendarahan?

Hemofilia adalah penyakit keturunan dan anak lelaki mempunyai peluang 50 peratus untuk mewarisi penyakit ini daripada ibunya.  Ia membabitkan seorang bagi setiap 5,000 lelaki manakala anak perempuan mempunyai peluang 50 peratus menjadi pembawa.

Penyakit ini boleh mendatangkan kesakitan sehingga berisiko lumpuh dengan kerosakan teruk pada sendi, kehilangan upaya serta kematian awal jika semua ahli keluarga tidak dimaklumkan mengenainya.

Masih belum ada ubat untuk hemofilia tetapi rawatan awal yang dilakukan secara berterusan membolehkan pesakit hidup lama dan berkualiti.






Monday, 2 May 2011

Antibiotik

Antibiotik adalah rawatan anti mikrob khusus untuk jangkitan bakteria.

Ia sangat penting kerana tanpa antibiotik, keadaan individu yang mendapat jangkitan bakteria boleh menjadi teruk dan membawa kepada kematian.

Pun begitu, ia hanya untuk jangkitan bakteria dan ia tidak memberi kesan kepada masalah kesihatan akibat jangkitan virus.

Bakteria ialah mikro organism satu sel yang sentiasa ada di keliling kita.  Kebanyakannya tidak berbahaya dan ada yang sangat berguna kepada manusia seperti Lactobasillus yang hidup dalam usus untuk membantu proses pencernaan makanan.

Antibiotik sangat berkesan membunuh bakteria kerana ia bertindak ke atas organisma hidup dengan menghentikan proses pembahagian dan pertumbuhan sel.

Sebaliknya, virus pula bukan organisma hidup dan tidak boleh hidup sendiri.  Ia adalah partikel yang mempunyai bahan genetik dan diselaputi kot protein.

Virus hanya ‘hidup’ dan membiak apabila ada dalam badan perumah seperti manusia dan haiwan.  Ini sebabnya antibiotik tidak memberi kesan ke atas virus.

Walaupun kedua-duanya boleh menjangkiti dan menyebabkan masalah kesihatan, cara ia membiak dan merebak tidak sama.

Jangkitan virus tidak perlukan antibiotik kerana badan kita menghasilkan antibodi bagi menghapuskannya.  Ubat yang diberikan bertujuan mengurangkan gejala akibat jangkitan berkenaan.

Secara amnya, antibiotik terbahagi kepada tiga kategori iaitu antibiotik yang menghapuskan bakteria (membunuh bakteria), menghentikan pembiakaan bakteria dan gabungan kedua-duanya.

Jika antibiotik diambil terlalu kerap, termasuk untuk masalah kesihatan yang tidak boleh dirawat seperti selesema atau lain-lain jangkitan virus, keberkesanan antibiotik untuk melawan jangkitan bakteria akan berkurangan apabila ia benar-benar diperlukan.

Maknanya, bakteria yang menyerang seseorang itu mempunyai daya tahan lebih tinggi terhadap antibiotik dan memerlukan antibiotik lebih kuat untuk menghapuskannya.

Ini sebabnya setiap kali anda mendapat jangkitan, mesti banyak minum air dan berehat kerana jangkitan virus dan bakteria selalu menunjukkan gejala lebih kurang sama.

Mengambil antibiotik untuk jangkitan virus:

ü Tidak akan menyembuhkan atau mengurangkan masalah kesihatan

ü Tidak akan membuatkan anda atau anak anda berasa sihat

ü Tidak akan menghalang jangkitan daripada merebak kepada orang lain

ü Mungkin boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini






Thursday, 28 April 2011

Lelaki Boroi

Berisiko hidapi DIABETES, ANGIN AHMAR juga SAKIT JANTUNG.

Ambil inisiatif untuk mengetahui tentang Indeks Jisim Badan (BMI) anda. 

Bagaimana nak kira?  Berat anda (kilogram) dibahagikan dengan ketinggian anda (meter). 

Tiada kalkulator? Di side bar sebelah kanan blog ini ada widget untuk mengira BMI anda.  Masukkan saja berat dan tinggi anda, secara automatik anda akan dapat keputusannya.

Masyarakat selalu membayangkan bahawa orang yang berperut buncit itu adalah orang yang gemuk.  Itu memang tidak dapat dinafikan, tetapi orang yang KURUS juga ramai yang berperut buncit.

Penyakit yang selalu dikaitkan dengan perut buncit adalah penyakit jantung.  Tetapi tahukah anda bahawa risiko penyakit yang lebih mudah dijangkiti adalah penyakit DIABETES dan masalah KOLESTEROL?

Wahai anda para lelaki…. Anda tidak mampu untuk mengawal pemakanan anda seharian?

Worries no more!!!!

Anda boleh memakai Premium Beautiful WAIST NIPPER yang akan menyembunyikan buncit anda dan dalam masa yang sama juga mengawal kuantiti makanan yang diambil oleh anda.  Ianya akan membakar lemak perut anda tanpa anda sedari.

Untuk kesan yang lebih efektif, makanlah LACTO-LITE yang kaya dengan Pre-biotik juga Pro-biotik dalam menjaga usus anda.

Dalam sehari pakailah selama lapan jam dan minum air 8 gelas.  Tak susah, bukan?

Anda tidak perlu risau untuk ditertawakan oleh rakan-rakan anda.  Ini kerana pemakaian Waist Nipper tidak akan membuatkan anda kelihatan ‘alien’ dan pelik secara luaran.  Tambahan pula set Premium Beautiful adalah dicipta 70% untuk kesihatan dan hanya 30% untuk kecantikan.  Oleh sebab itu, ianya adalah korset yang unggul di negara ini!








012-3045395 / anuar_salmiah@yahoo.com

Wednesday, 27 April 2011

Usus Mengembang

Tahukah anda bahawa usus besar dan usus kecil manusia menjangkau lebih 20 kaki panjang!

Cuba bayangkan keadaan abdomen perut yang terpaksa menampung semua usus itu jika keadaan usus sudah tidak normal lagi.

Asalnya usus kita yang hanya sebesar ibu jari tangan telah membesar hingga menjadi sebesar ibu jari kaki atau mengembang hingga sebesar lengan!

Pengembangan ini boleh berlaku pada bahagian-bahagian tertentu ataupun secara keseluruhannya.  Jika semua usus berada dalam keadaan mengembang maka seluruh ruangan abdomen badan berada dalam keadaan padat.

Pada pandangan di luar, perut kelihatan buncit.  Tapi ia membuncit bukan kerana lemak di bawah perut tetapi kerana isi perut telah penuh dan padat.

Usus yang kembang memberi peluang untuk penyimpanan najis dengan lebih banyak. 

Sebenarnya keadaan usus mengembang ini adalah antara punca masalah sembelit dan angin hingga mengakibatkan timbunan mukoid tersimpan lama dalam tubuh.

Lacto-lite adalah jawapan terbaik untuk anda yang mengalami sembelit dan angin di dalam tubuh.  Mengandungi probiotik yang diperlukan oleh usus.  Ramai yang telah berpuashati dengan produk ini!!!





012-3045395 / anuar_salmiah@yahoo.com

Tuesday, 26 April 2011

Tak Perlu Berahsia

Anda ada membaca entri ini?

Memang kita kadangkala berasa tidak selesa dan rimas dengan segala macam soalan yang dikemukakan oleh doktor.

Tapi ketahuilah, segala informasi itu diperlukan oleh mereka untuk mendiagnos apa penyakit yang di alami oleh anda.

Anda memang tidak sepatutnya berahsia dengan doktor anda.  Diagnos yang tidak tepat tentang penyakit anda, akan membawa musibah jika doktor memberikan anda rawatan yang sebaliknya berkenaan penyakit anda dan akibatnya penyakit itu akan berpanjangan yang secara tidak langsung akan membawa kepada penyakit yang lain pula.

Anda seharusnya memberitahu doktor antaranya:-

§  Jenis vitamin atau supplemen yang diambil
Seiring dengan perubahan masa, kita amat peka dengan pengambilan segala macam vitamin dan supplemen yang diperlukan oleh tubuh.  Sebenarnya ada di antara vitamin dan supplemen tersebut tidak diperlukan oleh tubuh anda.  Atau mungkin anda mengambilnya dengan dos yang berlebihan dari yang diperlukan oleh tubuh.  Jadi jujurlah dengan doctor agar mereka boleh memberikan saranan tentang apa yang diperlukan dan berapa banyak yang perlu diambil.

§  Perokok atau peminum alkohol
Rokok dan alkohol sememangnya diketahui tidak baik untuk kesihatan tubuh badan manusia.  Jadi, memberitahu doktor tentang kuantiti yang diambil oleh anda pasti membantu doktor untuk memberikan saranan yang sepatutnya.

§  Stres atau tertekan
Stres amat mempengaruhi kesihatan diri anda.  Berterus teranglah dengan doktor jika anda melaluinya.

§  Sejarah keluarga
Memang ada sesetengah penyakit yang diwarisi secara faktor keturunan.  Jika ada, beritahu doktor anda terutama sekali doktor yang anda anggap sebagai doktor keluarga kerana ianya amat berguna di masa akan datang jika anda mendapat sebarang penyakit.

§  Ada anggota tubuh yang tidak berasa selesa
Mungkin ada sesetengah orang berasakan tidak selesa pada bahagian tertentu badan anda.  Dan anda rasa ianya adalah sesuatu yang amat remeh.  Ketahuilah bahawa sesuatu yang anda anggap remeh itu mungkin dapat membantu kesihatan anda dari menjadi lebih teruk lagi.





012-3045395 / anuar_salmiah@yahoo.com

Bio Aura Hi-Tech Water System - Part III


Periksa penapis A (penapis seramik)
dari semasa ke semasa.


Pusingkan penapis A (bersama bekas lutsinar)
mengikut arah LAWAN JAM
dan angkatnya ke atas.


Tarik penapis seramik ke atas
secara perlahan-lahan dari bekas lutsinar.


Bersihkan permukaan seramik
dengan berus lembut di bawah air mengalir.


Masukkan semula penapis seramik
secara perlahan-lahan ke dalam bekas lutsinar.


Tutupkan bekas lutsinar dengan
penutupnya dan masukkan semula
ke dalam unit Bio Aura.


Ketatkan penapis A mengikut ARAH JAM. 
Biar tapisan air mengalir sekurang-kurangnya
selama 5 minit sebelum menggunakannya semula.





012-3045395

Sunday, 24 April 2011

Bio Aura Hi-Tech Water System - Part II


Penapis A : Ceramic
ð Liang yang bersaiz 0.9 micron mencapai tahap penapisan sehingga 99.999%.
ð Dapat menyingkir bahan pencemar seperti karat, kotoran, pasir lumpur dan bakteria.
Penapis B : Bacteriostatic Filter Media
è Menghilangkan bau, warna, rasa, bahan pencuci dan elemen-elemen kotor yang lain.
è Mengelakkan pertumbuhan bakteria.
Penapis C : KDF + Resin + Activated Carbon Block
ð Activated Carbon Block dan penukar ion berlogam KDF memenuhi piawaian US EPA dan FDA National Safety Standards
ð Dapat menapis unsur logam berat, klorin, pencemar kimia, mengawal kestabilan air, bakteria dan rumpair.
ð Unsur Resin pula melembutkan molekul air dan mempunyai kesan untuk menghasilkan bahan-bahan mineral.
Penapis D : Silver Carbon Block
è Memenuhi Piawaian Keselamatan Antarabangsa.
è Memiliki fungsi penyerapan yang tinggi, berupaya untuk menyerap atau menyingkirkan unsur logam berat, bahan-bahan radioaktif, bahan kimia dan racun serangga.
Penapis E : Bio-Micro Ball
ð Teknologi penukar tenaga memecahkan kelompok molekul air yang besar kepada kelompok yang lebih kecil supaya diserap dengan senang oleh tubuh badan manusia.
ð Meningkatkan kapasiti air untuk membekalkan kandungan oksigen.
Penapis F : Nano Ceramic Ball + Bio-Micro Ball
è Penstabil tenaga berteknologi Nano mengekalkan dan menstabilkan kandungan tenaga dalam saiz molekul air yang kecil untuk tempoh masa yang panjang.
è Berupaya menyelaraskan sifat air lebih cenderung kepada beralkali yang baik untuk tubuh badan, menggalakkan metabolisme, mengaktifkan sel-sel badan untuk menguatkan imunisasi dan fungsi detoksifikasi.






012-3045395 / anuar_salmiah@yahoo.com

Saturday, 23 April 2011

Bio Aura Hi-Tech Water System - Part I


Dengan mengaplikasi kan teknologi nano dalam sistem penapisannya, Bio Aura Hi-tech Water System berfungsi untuk membersih, mengalkali dan memberi tenaga kepada air yang diminum secara optimum.

Penggunaan Teknologi Nano

ü Digunakan dalam pelbagai industri seperti perubatan, teknologi maklumat sehingga ke bidang elektronik dan komputer.

ü Contoh: Sekeping disket berteknologi nano mampu menyimpan jumlah maklumat sehingga 10,000,000 kali ganda berbanding disket biasa.

ü Membuktikan bahawa Teknologi Nano bukan sahaja meningkatkan kualiti produk, malahan turut menambahkan kapasiti dan kebaikannya serta dapat mengurangkan pembaziran.

Keberkesanan Teknologi Nano dalam Bio Aura Hi-tech Water System

Ø Menghasilkan komponen bersifat Nano dan kandungan oksigen yang tinggi, menggalakkan pertumbuhan sel-sel badan yang sihat

Ø Kandungan bio-tenaga yang berganda, meningkatkan keaktifan sel-sel tubuh badan

Ø Molekul-molekul yang bersaiz nano menambahkan lagi keberkesanan penyerapan nutrien

Ø Membekalkan kekayaan bahan-bahan mineral dan nutrien untuk keperluan kesihatan badan

Ø Sistem penapisan air yang lebih efektif menghapuskan unsur-unsur toksin, bakteria, klorin dan logam-logam berat supaya air selamat di minum

Ø Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, menjadikan air lebih sedap diminum

Ø Kualiti air bertenaga meningkatkan metabolisme, melancarkan sistem peredaran darah dan memperkuatkan sistem imunisasi badan

Ø Nilai pH yang cenderung kepada beralkali setara dengan keperluan badan.  Amalan minum air Bio Aura dapat memberikan kesan terapi terhadap susuk badan yang berasid

Ø Menjamin kecantikan dan kehalusan kulit serta kesegaran makanan
 
Ciri-ciri Bio Aura Hi-tech Water System

Ä Rekaan yang mesra penyelenggaraan – menukar dan membersih lebih mudah dengan sistem “pusing dan kunci”.

Ä Pemasangan yang senang – disertakan dengan alat gentian untuk kesesuaian jenis paip rumah pengguna

Ä Penutup penapis berwarna – boleh dikenalpasti dengan warna yang berbeza

Ä Saiz penapis yang lebih besar – membekalkan kandungan yang lebih tinggi dan menjamin keberkesanannya

Ä Sesuai untuk kegunaan – rumah, pejabat, kilang dan kedai-kedai makan

Ä Pengiktirafan – Kualiti air yang bertaraf dunia





012-3045395 / anuar_salmiah@yahoo.com

Thursday, 21 April 2011

10 Tips Untuk Anda

Elak makan secara berlebihan

o  Makan dengan perlahan
Makan terlalu cepat membuatkan anda cenderung makan berlebihan.

o  Ambil nafas
Bila duduk di meja makan dan perlahan-lahan ambil makanan.  Ini membuatkan anda sedar apa yang ada di atas meja dan apa yang sedang dan akan anda nikmati.

o   Beri perhatian
Perhatikan bentuk makanan dan komposisi warna hidangan di samping anda menikmati rasanya.

o   Selesaikan setiap kunyahan
Pastikan bahagian yang anda sedang kunyah telah habis ditelan, barulah anda ambil bahagian yang lain untuk dimakan.

o   Potongan kecil
Melambatkan masa anda makan agar memberi peluang kepada tubuh memberi signal anda sudah kenyang.

o  Aktiviti lain
Makan sambil buat aktiviti lain seperti menonton tv, bekerja atau membaca tidak memungkinkan anda untuk memerhatikan serta menikmati makanan dengan sebaiknya.

o  Kawal kuantiti
Makanan yang anda ambil terutama sekali bila makan di restoran.

o  Gantikan ukuran pinggan
Pinggan yang kecil mudah kelihatan penuh dan banyak.

o  Tunggu waktu
Tunggu 10 hingga 20 saat sebelum anda menyuap makanan seterusnya.  Jika sudah kenyang, hentikan makanan.

o  Pakai korset Premium Beautiful
Pemakaian korset PB akan membuatkan anda secara automatik kurang mengambil kuantiti makanan.





012-3045395 / anuar_salmiah@yahoo.com

Tuesday, 19 April 2011

Far Infrared Ray (FIR) - Part IV

 
v Korset Premium Beautiful di perbuat daripada fabrik yang mengandungi serbuk Bio-ceramic yang sangat halus dan ditenun sulam menjadi benang.

v Fabrik berteknologi tinggi – Akwatek dan Akwadyne – menggunakan teknologi tinggi hasil gabungan penyelidikan global pakar saintis Amerika Syarikat, Jerman, Eropah, China, Jepun dan Taiwan.

v Bio-ceramic yang digunakan dalam penghasilan FIR dalam Premium Beautiful terdiri daripada bahan-bahan galian mineral yang bernilai tinggi.

v Bio-ceramic ini sangat micro (halus) dan diukur dalam skala nano.  Ianya disemai ke dalam benang fiber yang diregang dan diputar berulang kali hingga boleh ditenun sulam.

v Oleh kerana ia terlalu micro, bila ianya disemai dalam fiber, ia tidak akan jatuh atau hilang semasa merendam, membasuh atau membilasnya.

v Pemakaian korset Premium Beautiful yang bersentuhan dengan kulit, secara automatiknya akan melepaskan gelombang tenaga FIR atau sinaran inframerah jarak jauh yang bergelombang electromagnet 6-15 micron (sama dengan ukuran gelombang dalam badan manusia).

v Waist Nipper Premium Beautiful sangat sesuai untuk bayi yang mendapat penyakit kuning dan juga untuk kaum lelaki yang buncit.




Monday, 18 April 2011

Bahaya Pakai Korset

Iye ke?

Sebenarnya tidak!

Menurut Dr. Zulkornain Ahmad, doktor perubatan Am dari Hospital Pakar Senawang,

“Jika ia melibatkan kawasan dibawah paru-paru atau diafragma, himpitan atau pengetatan yang berlaku disitu tidak mendatangkan apa-apa masalah.  Ini kerana organ-organ di kawasan itu bersifat sangat fleksibel dan boleh beralih.  Semasa proses pembedahan di kawasan perut juga, organ-organ boleh ditolak-tolak.  Ruangnya juga agak luas, ia bukan terletak di kawasan yang sempit.”

- Akhbar KOSMO, Ahad 07/11/2010.

Nahhhh….ianya memang ternyata tidak membahayakan, kan?  Kalau tidak masakan ada juga doktor yang menjadi pengedar korset Premium Beautiful dan berjaya!  Malahan dapat melancong, tabung kereta, dan segala macam insentif yang dijanjikan oleh syarikat.

Hubungi saya di 012-3045395 / anuar_salmiah@yahoo.com untuk segala maklumat lanjut samada mengenai korset Premium Beautiful atau untuk menjadi biz partner yang berjaya.





Friday, 15 April 2011

Far Infrared Ray (FIR) - Part II

Sebagaimana yang semua maklum, korset Premium Beautiful mempunyai Sinaran Infrared Jarak Jauh (FIR).

FIR adalah disuntik ke dalam jalinan benang yang disulam dalam korset PB.

Umum juga mengetahui bahawa FIR boleh menembusi jauh ke dalam badan manusia.  Dan ianya adalah tidak berbahaya kepada manusia.

Oleh kerana itu, apabila korset PB disuntik dengan FIR, maka apabila kita memakainya ianya adalah lebih dekat dengan kulit kita.

Bagaimana ia berfungsi pada korset Premium Beautiful?

=>  FIR menembusi kulit pemakai 
=>  FIR bertindakbalas ke atas molekul air 
=>  Molekul air bergetar dengan lebih kuat 
=>  Tenaga yang banyak digunakan untuk menghasilkan getaran yang kuat
=>  Seterusnya menghasilkan lebih banyak haba 
=>  Lalu saluran darah mengembang 
=>  Jadi perjalanan darah serta oksigen ke seluruh badan berjalan dengan lancar dan teratur 
=>  Mempercepatkan penghantaran nutrien lalu menyingkirkan toksin dari badan 
=>  Lantas sel badan jadi lebih aktif 
=>  Dan badan pemakai menjadi lebih segar dan sihat

Oleh kerana itu, fungsi utama korset Premium Beautiful untuk pemakainya adalah

1.  Melancarkan perjalanan darah dan oksigen
2.  Mencegah kanser dengan memecahkan lemak, darah beku dan susu beku
3.  Fabrik Akwatek dan Akwadyne menarik keluar lemak dan toksin melalui perpeluhan
4.  Menstabilkan tahap metabolisme
5.  Melembutkan kulit
6.  Menguatkan dan memelihara kedudukan rahim




012-3045395 / anuar_salmiah@yahoo.com