Showing posts with label health. Show all posts
Showing posts with label health. Show all posts

Tuesday, 3 May 2011

Hemofilia

Adalah gangguan pendarahan sepanjang hayat yang menghalang darah daripada membeku secara normal disebabkan kekurangan faktor pembekuan.

Ini mengakibatkan pendarahan berpanjangan, justeru kecederaan kecil atau luka biasa boleh membawa kesan buruk serta membahayakan seseorang yang menghidapi hemofilia, apatah lagi jika berlaku pendarahan dalaman.

Tahukah anda ketika ini dianggarkan 2,200 orang di Malaysia mengalami masalah pendarahan?

Hemofilia adalah penyakit keturunan dan anak lelaki mempunyai peluang 50 peratus untuk mewarisi penyakit ini daripada ibunya.  Ia membabitkan seorang bagi setiap 5,000 lelaki manakala anak perempuan mempunyai peluang 50 peratus menjadi pembawa.

Penyakit ini boleh mendatangkan kesakitan sehingga berisiko lumpuh dengan kerosakan teruk pada sendi, kehilangan upaya serta kematian awal jika semua ahli keluarga tidak dimaklumkan mengenainya.

Masih belum ada ubat untuk hemofilia tetapi rawatan awal yang dilakukan secara berterusan membolehkan pesakit hidup lama dan berkualiti.






Monday, 2 May 2011

Antibiotik

Antibiotik adalah rawatan anti mikrob khusus untuk jangkitan bakteria.

Ia sangat penting kerana tanpa antibiotik, keadaan individu yang mendapat jangkitan bakteria boleh menjadi teruk dan membawa kepada kematian.

Pun begitu, ia hanya untuk jangkitan bakteria dan ia tidak memberi kesan kepada masalah kesihatan akibat jangkitan virus.

Bakteria ialah mikro organism satu sel yang sentiasa ada di keliling kita.  Kebanyakannya tidak berbahaya dan ada yang sangat berguna kepada manusia seperti Lactobasillus yang hidup dalam usus untuk membantu proses pencernaan makanan.

Antibiotik sangat berkesan membunuh bakteria kerana ia bertindak ke atas organisma hidup dengan menghentikan proses pembahagian dan pertumbuhan sel.

Sebaliknya, virus pula bukan organisma hidup dan tidak boleh hidup sendiri.  Ia adalah partikel yang mempunyai bahan genetik dan diselaputi kot protein.

Virus hanya ‘hidup’ dan membiak apabila ada dalam badan perumah seperti manusia dan haiwan.  Ini sebabnya antibiotik tidak memberi kesan ke atas virus.

Walaupun kedua-duanya boleh menjangkiti dan menyebabkan masalah kesihatan, cara ia membiak dan merebak tidak sama.

Jangkitan virus tidak perlukan antibiotik kerana badan kita menghasilkan antibodi bagi menghapuskannya.  Ubat yang diberikan bertujuan mengurangkan gejala akibat jangkitan berkenaan.

Secara amnya, antibiotik terbahagi kepada tiga kategori iaitu antibiotik yang menghapuskan bakteria (membunuh bakteria), menghentikan pembiakaan bakteria dan gabungan kedua-duanya.

Jika antibiotik diambil terlalu kerap, termasuk untuk masalah kesihatan yang tidak boleh dirawat seperti selesema atau lain-lain jangkitan virus, keberkesanan antibiotik untuk melawan jangkitan bakteria akan berkurangan apabila ia benar-benar diperlukan.

Maknanya, bakteria yang menyerang seseorang itu mempunyai daya tahan lebih tinggi terhadap antibiotik dan memerlukan antibiotik lebih kuat untuk menghapuskannya.

Ini sebabnya setiap kali anda mendapat jangkitan, mesti banyak minum air dan berehat kerana jangkitan virus dan bakteria selalu menunjukkan gejala lebih kurang sama.

Mengambil antibiotik untuk jangkitan virus:

ü Tidak akan menyembuhkan atau mengurangkan masalah kesihatan

ü Tidak akan membuatkan anda atau anak anda berasa sihat

ü Tidak akan menghalang jangkitan daripada merebak kepada orang lain

ü Mungkin boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini






Thursday, 28 April 2011

Lelaki Boroi

Berisiko hidapi DIABETES, ANGIN AHMAR juga SAKIT JANTUNG.

Ambil inisiatif untuk mengetahui tentang Indeks Jisim Badan (BMI) anda. 

Bagaimana nak kira?  Berat anda (kilogram) dibahagikan dengan ketinggian anda (meter). 

Tiada kalkulator? Di side bar sebelah kanan blog ini ada widget untuk mengira BMI anda.  Masukkan saja berat dan tinggi anda, secara automatik anda akan dapat keputusannya.

Masyarakat selalu membayangkan bahawa orang yang berperut buncit itu adalah orang yang gemuk.  Itu memang tidak dapat dinafikan, tetapi orang yang KURUS juga ramai yang berperut buncit.

Penyakit yang selalu dikaitkan dengan perut buncit adalah penyakit jantung.  Tetapi tahukah anda bahawa risiko penyakit yang lebih mudah dijangkiti adalah penyakit DIABETES dan masalah KOLESTEROL?

Wahai anda para lelaki…. Anda tidak mampu untuk mengawal pemakanan anda seharian?

Worries no more!!!!

Anda boleh memakai Premium Beautiful WAIST NIPPER yang akan menyembunyikan buncit anda dan dalam masa yang sama juga mengawal kuantiti makanan yang diambil oleh anda.  Ianya akan membakar lemak perut anda tanpa anda sedari.

Untuk kesan yang lebih efektif, makanlah LACTO-LITE yang kaya dengan Pre-biotik juga Pro-biotik dalam menjaga usus anda.

Dalam sehari pakailah selama lapan jam dan minum air 8 gelas.  Tak susah, bukan?

Anda tidak perlu risau untuk ditertawakan oleh rakan-rakan anda.  Ini kerana pemakaian Waist Nipper tidak akan membuatkan anda kelihatan ‘alien’ dan pelik secara luaran.  Tambahan pula set Premium Beautiful adalah dicipta 70% untuk kesihatan dan hanya 30% untuk kecantikan.  Oleh sebab itu, ianya adalah korset yang unggul di negara ini!








012-3045395 / anuar_salmiah@yahoo.com

Wednesday, 27 April 2011

Usus Mengembang

Tahukah anda bahawa usus besar dan usus kecil manusia menjangkau lebih 20 kaki panjang!

Cuba bayangkan keadaan abdomen perut yang terpaksa menampung semua usus itu jika keadaan usus sudah tidak normal lagi.

Asalnya usus kita yang hanya sebesar ibu jari tangan telah membesar hingga menjadi sebesar ibu jari kaki atau mengembang hingga sebesar lengan!

Pengembangan ini boleh berlaku pada bahagian-bahagian tertentu ataupun secara keseluruhannya.  Jika semua usus berada dalam keadaan mengembang maka seluruh ruangan abdomen badan berada dalam keadaan padat.

Pada pandangan di luar, perut kelihatan buncit.  Tapi ia membuncit bukan kerana lemak di bawah perut tetapi kerana isi perut telah penuh dan padat.

Usus yang kembang memberi peluang untuk penyimpanan najis dengan lebih banyak. 

Sebenarnya keadaan usus mengembang ini adalah antara punca masalah sembelit dan angin hingga mengakibatkan timbunan mukoid tersimpan lama dalam tubuh.

Lacto-lite adalah jawapan terbaik untuk anda yang mengalami sembelit dan angin di dalam tubuh.  Mengandungi probiotik yang diperlukan oleh usus.  Ramai yang telah berpuashati dengan produk ini!!!





012-3045395 / anuar_salmiah@yahoo.com

Thursday, 21 April 2011

10 Tips Untuk Anda

Elak makan secara berlebihan

o  Makan dengan perlahan
Makan terlalu cepat membuatkan anda cenderung makan berlebihan.

o  Ambil nafas
Bila duduk di meja makan dan perlahan-lahan ambil makanan.  Ini membuatkan anda sedar apa yang ada di atas meja dan apa yang sedang dan akan anda nikmati.

o   Beri perhatian
Perhatikan bentuk makanan dan komposisi warna hidangan di samping anda menikmati rasanya.

o   Selesaikan setiap kunyahan
Pastikan bahagian yang anda sedang kunyah telah habis ditelan, barulah anda ambil bahagian yang lain untuk dimakan.

o   Potongan kecil
Melambatkan masa anda makan agar memberi peluang kepada tubuh memberi signal anda sudah kenyang.

o  Aktiviti lain
Makan sambil buat aktiviti lain seperti menonton tv, bekerja atau membaca tidak memungkinkan anda untuk memerhatikan serta menikmati makanan dengan sebaiknya.

o  Kawal kuantiti
Makanan yang anda ambil terutama sekali bila makan di restoran.

o  Gantikan ukuran pinggan
Pinggan yang kecil mudah kelihatan penuh dan banyak.

o  Tunggu waktu
Tunggu 10 hingga 20 saat sebelum anda menyuap makanan seterusnya.  Jika sudah kenyang, hentikan makanan.

o  Pakai korset Premium Beautiful
Pemakaian korset PB akan membuatkan anda secara automatik kurang mengambil kuantiti makanan.





012-3045395 / anuar_salmiah@yahoo.com

Monday, 18 April 2011

Bahaya Pakai Korset

Iye ke?

Sebenarnya tidak!

Menurut Dr. Zulkornain Ahmad, doktor perubatan Am dari Hospital Pakar Senawang,

“Jika ia melibatkan kawasan dibawah paru-paru atau diafragma, himpitan atau pengetatan yang berlaku disitu tidak mendatangkan apa-apa masalah.  Ini kerana organ-organ di kawasan itu bersifat sangat fleksibel dan boleh beralih.  Semasa proses pembedahan di kawasan perut juga, organ-organ boleh ditolak-tolak.  Ruangnya juga agak luas, ia bukan terletak di kawasan yang sempit.”

- Akhbar KOSMO, Ahad 07/11/2010.

Nahhhh….ianya memang ternyata tidak membahayakan, kan?  Kalau tidak masakan ada juga doktor yang menjadi pengedar korset Premium Beautiful dan berjaya!  Malahan dapat melancong, tabung kereta, dan segala macam insentif yang dijanjikan oleh syarikat.

Hubungi saya di 012-3045395 / anuar_salmiah@yahoo.com untuk segala maklumat lanjut samada mengenai korset Premium Beautiful atau untuk menjadi biz partner yang berjaya.





Saturday, 12 March 2011

Mudarat Rokok

Tahukah anda, merokok membahayakan kesihatan?

=> memendekkan usia

=> penyebab pelbagai penyakit seperti kanser paru-paru, sakit jantung, strok dan sebagainya.

=> membahayakan kesihatan anak-anak akibat asap rokok orang dewasa

=> ketagih

=> menyebabkan bau mulut yang tidak menyenangkan

=> membazirkan wang dan waktu

=> mempercepatkan proses penuaan (rambut cepat beruban dan kulit mudah berkedut)

=> mempercepatkan menapous bagi wanita

=> punca gigi menjadi kuning

=> mudah letih dan kurang cergas

=> menjejaskan sistem reproduktif seperti masalah mati pucuk.








anuar_salmiah@yahoo.com
012-3045395.

Sunday, 6 March 2011

Sakit Belakang

Siapa yang boleh mendapat sakit belakang atau sakit pinggang?

Semua orang tanpa mengira peringkat umur dan risiko mendapatnya meningkat dengan penambahan umur.

Bagaimanapun, masalah ini lebih kerap berlaku pada lingkungan umur 30 hingga 50 tahun, disebabkan proses penuaan dan gaya hidup yang tidak aktif.

Antara faktor penyumbang sakit belakang ialah:
~ Obesiti
~ Merokok
~ Tekanan
~ Keadaan fizikal tidak elok
~ Postur badan yang salah
~ Postur tidur tidak elok
~ Tiada sokongan daripada tilam ketika tidur.

Boleh dikatakan semua orang pernah sakit belakang terutama di bahagian pinggang, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Dianggarkan 80 peratus orang pernah mengalami sakit belakang yang menyebabkan kerja dan aktiviti harian terganggu.

Sakit belakang juga antara punca utama ketidakupayaan bekerja dan penyumbang besar kepada pengambilan cuti sakit.

Banyakkan berehat, supaya sakit pinggang segera berkurangan. Tetapi makin lama baring berehat, makin sakit pula jadinya.... Ketika berbaring kesakitan terasa hilang perlahan-lahan, tetapi kembali sakit apabila bangun atau menggerakkan badan.

Rupa-rupanya kaedah berehat dengan berbaring ini disarankan untuk satu atau dua hari sahaja kerana berbaring terlalu laa juga boleh menyebabkan sakit belakang bertambah buruk.

Jika kesakitan masih tidak berkurang, segeralah mencuba kaedah lain supaya ia tidak berlanjutan dan menjejaskan kehidupan.

Sesungguhnya pemakain set pakaian dalam Premium Beautiful adalah antara alternatif yang boleh anda praktikkan. Ini kerana sudah banyak testimoni dari pengguna PB yang pulih dari sakit belakang setelah memakai PB tanpa melalui proses pemulihan yang panjang dan menyakitkan... Tidak rugi untuk anda memiliki satu set PB sekarang, kerana sesungguhnya Premium Beautiful adalah direka cipta 70% untuk kesihatan....

Hubungi saya di anuar_salmiah@yahoo.com ataupun di 012-3045395.





Saturday, 5 March 2011

Anda Sakit Tapi Doktor...

Anda sakit dan pergi berjumpa doktor. Tapi, doktor pula banyak bertanya soalan itu dan ini.

Kadangkala anda terfikir, apa guna berjumpa doktor jika anda yang perlu memberikan jawapan terhadap penyakit yang anda alami....

Jangan marah dan sakit hati!

Kerana itu adalah caranya doktor untuk mengetahui apa yang telah berlaku. Apa simptom-simptom yang anda alami.

Ini kerana, jika anda berkata yang anda demam, doktor pasti mahu tahu simptom-simptom yang lain. Ada penyakit yang berlainan tetapi simptomnya adalah seakan-akan sama. Oleh kerana itu, doktor akan bertanya lebih banyak dan lebih lanjut untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang penyakit yang anda alami itu...

Apakata, selepas banyak soalan yang diajukan oleh doktor sampai anda pun naik lenguh mulut untuk menjawab, anda pula bertanya soalan kepada doktor?

Antara soalan-soalan cepumas tu ialah:-
> apa penyakit yang anda hidapi
> apa ubat atau rawatan yang anda perlukan?
> adakah pilihan rawatan yang lain?
> jangka masa rawatan, penyembuhan atau berapa lama anda perlu mengambil ubat?
> adakah anda perlu dirujuk kepada doktor pakar. Jika iya, minta doktor rujukan.
> risiko dan prognosis (apa yang berlaku selepas rawatan)
> cara pencegahan
> kesan penyakit kepada orang lain, terutama keluarga
> minta ringkasan laporan dari doktor





Monday, 14 February 2011

Asma

Asma adalah penyakit paru-paru kronik disebabkan kereadangan saluran udara pada paru-paru.

Apabila terdedah kepada bahan yang mencetuskan keradangan, dinding saluran udara ke paru-paru menjadi tebal dan sempit. Akibatnya, pesakit asma mengalami gejala seperti sesak nafas, mengah, dada terasa sempit atau ketat serta batuk.

Gejala dan Faktor Risiko
> boleh bersifat ringan, sederhana atau teruk
> berbeza dari semasa ke semasa dari satu episod ke episod serangan seterusnya sama ada dalam tempoh beberapa jam, hari, minggu dan bulan. Dalam masa beberapa jam, seseorang pesakit boleh menunjukkan gejala asma yang berbeza. Biasanya pesakit mengalami gejala lebih teruk pada waktu malam dan awal pagi.
> serangan asma boleh berulang pada bila-bila masa atau hilang untuk satu jangkamasa yang lama sebelum menyerang semula.
> gejala asma juga berbeza antara pesakit, walaupun kedua-duanya menghidap asma begi tempoh sama.
> sejarah asma atau alahan dalam keluarga (ini termasuklah ekzema dan alahan rinitis)
> pendedahan terutama ketika bayi terhadap bahan-bahan elergen seperti habuk kutu rumah, asap rokok dan bahan kimia domestik.

Tanda-tandanya
~ adakah anak anda mengalami masalah pernafasan berbunyi kasar berulang kali?
~ adakah anak anda kerap batuk sehingga mengganggu tidurnya pada waktu malam?
~ adakah pernafasan anak anda menjadi kasar atau terbatuk-batuk selepas terdedah pada elergen atau pencemaran udara?
~ adakah selsema anak anda 'sampai ke dada' atau berlanjutan melebihi 10 hari?
~ adakah gejala yang anak anda alami berkurang dengan rawatan anti asma tertentu?

Jika jawapannya 'Ya' pada satu atau lebih pada soalan diatas, ia mungkin menandakan anak anda menghidapi asma. Bawalah anak anda berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya.

Faktor pencetus
= selsema dan flu
= pencemaran udara
= kehadiran alergen (habuk kutu rumah, spora, debunga, bulu haiwan peliharaan, kulat)
= senaman atau aktiviti cergas
= sesetengah makanan (terutama makanan sejuk) dan bahan yang ditambah dalam makanan
= sesetengah ubat dan persediaan herba
= asap rokok
= cuaca sejuk

Tahukah anda, pada sesetengah kanak-kanak, bau asap rokok yang melekat pada baju juga sudah boleh menyebabkan mereka sukar bernafas...