Monday, 7 March 2011

New Distributor Orientation

NDO di B32...

Semalam adalah kelas NDO pertama CDM Hanis untuk group nya.

Semua top leader under CDM Hanis ada sekali. CDM Salha, DDM Mai, DSM Azliza, DSM Fazi (yang datang jauh dari Johor)...

NDO adalah untuk new distributor yang join Hai-O Marketing di bawah satu tahun. Like me!!!

CDM Hanis bagitau via SMS on Fri, dan dengan rasa tanggungjawab, saya hadirkan diri. Walaupun my hubby s cousin kawin....

Penuh motivasi dan penuh bersemangat semua yang hadir.

CDM Siti Rohana juga hadir last minute semata-mata untuk menaikkan semangat new distributor.

PERHATIAN untuk semua NEW DISTRIBUTOR under CDM Hanis group.... NDO akan di anjurkan oleh beliau setiap bulan. Kalau anda yang telah hadir tapi macam belum cukup motivated (like me) boleh hadirkan diri setiap bulan. U r most welcome!!!!






Sunday, 6 March 2011

Sakit Belakang

Siapa yang boleh mendapat sakit belakang atau sakit pinggang?

Semua orang tanpa mengira peringkat umur dan risiko mendapatnya meningkat dengan penambahan umur.

Bagaimanapun, masalah ini lebih kerap berlaku pada lingkungan umur 30 hingga 50 tahun, disebabkan proses penuaan dan gaya hidup yang tidak aktif.

Antara faktor penyumbang sakit belakang ialah:
~ Obesiti
~ Merokok
~ Tekanan
~ Keadaan fizikal tidak elok
~ Postur badan yang salah
~ Postur tidur tidak elok
~ Tiada sokongan daripada tilam ketika tidur.

Boleh dikatakan semua orang pernah sakit belakang terutama di bahagian pinggang, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Dianggarkan 80 peratus orang pernah mengalami sakit belakang yang menyebabkan kerja dan aktiviti harian terganggu.

Sakit belakang juga antara punca utama ketidakupayaan bekerja dan penyumbang besar kepada pengambilan cuti sakit.

Banyakkan berehat, supaya sakit pinggang segera berkurangan. Tetapi makin lama baring berehat, makin sakit pula jadinya.... Ketika berbaring kesakitan terasa hilang perlahan-lahan, tetapi kembali sakit apabila bangun atau menggerakkan badan.

Rupa-rupanya kaedah berehat dengan berbaring ini disarankan untuk satu atau dua hari sahaja kerana berbaring terlalu laa juga boleh menyebabkan sakit belakang bertambah buruk.

Jika kesakitan masih tidak berkurang, segeralah mencuba kaedah lain supaya ia tidak berlanjutan dan menjejaskan kehidupan.

Sesungguhnya pemakain set pakaian dalam Premium Beautiful adalah antara alternatif yang boleh anda praktikkan. Ini kerana sudah banyak testimoni dari pengguna PB yang pulih dari sakit belakang setelah memakai PB tanpa melalui proses pemulihan yang panjang dan menyakitkan... Tidak rugi untuk anda memiliki satu set PB sekarang, kerana sesungguhnya Premium Beautiful adalah direka cipta 70% untuk kesihatan....

Hubungi saya di anuar_salmiah@yahoo.com ataupun di 012-3045395.





Saturday, 5 March 2011

Anda Sakit Tapi Doktor...

Anda sakit dan pergi berjumpa doktor. Tapi, doktor pula banyak bertanya soalan itu dan ini.

Kadangkala anda terfikir, apa guna berjumpa doktor jika anda yang perlu memberikan jawapan terhadap penyakit yang anda alami....

Jangan marah dan sakit hati!

Kerana itu adalah caranya doktor untuk mengetahui apa yang telah berlaku. Apa simptom-simptom yang anda alami.

Ini kerana, jika anda berkata yang anda demam, doktor pasti mahu tahu simptom-simptom yang lain. Ada penyakit yang berlainan tetapi simptomnya adalah seakan-akan sama. Oleh kerana itu, doktor akan bertanya lebih banyak dan lebih lanjut untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang penyakit yang anda alami itu...

Apakata, selepas banyak soalan yang diajukan oleh doktor sampai anda pun naik lenguh mulut untuk menjawab, anda pula bertanya soalan kepada doktor?

Antara soalan-soalan cepumas tu ialah:-
> apa penyakit yang anda hidapi
> apa ubat atau rawatan yang anda perlukan?
> adakah pilihan rawatan yang lain?
> jangka masa rawatan, penyembuhan atau berapa lama anda perlu mengambil ubat?
> adakah anda perlu dirujuk kepada doktor pakar. Jika iya, minta doktor rujukan.
> risiko dan prognosis (apa yang berlaku selepas rawatan)
> cara pencegahan
> kesan penyakit kepada orang lain, terutama keluarga
> minta ringkasan laporan dari doktor





Wednesday, 2 March 2011

Gigi


Di dalam mulut kita ada ratusan juta bakteria malah ada laporan yang menyatakan bahawa dalam setiap miligram plak gigi mengandungi 1,011 bakteria.

Bukan semua bakteria dalam mulut membahayakan kerana sebahagian besarnya diperlukan untuk proses semulajadi yang normal.

Jangkitan di rongga mulut boleh menyebabkan pelbagai penyakit keradangan seperti radang sendi dan radang usus. Kemajuan perubatan juga mengenal pasti bakteria rongga mulut menunjukkan jangkitan pada gigi boleh menyebabkan penyakit jantung dan pembuluh darah, penyakit paru-paru, kencing manis dan barah.

Oleh sebab itu, penjagaan gigi amat penting bukan saja untuk kesihatan yang baik tetapi juga memberi keyakinan diri yang tinggi apabila berkomunikasi dengan orang lain.

Penjagaan gigi dan gusi perlu bermula sebaik saja gigi bayi tumbuh. Ibu bapa perlu mendidik anak mereka untuk menjaga gigi mereka supaya gigi mereka sihat dan tetap cantik setelah dewasa.

Seperti gigi kekal yang sepatutnya bertahan sepanjang hayat, gigi susu juga ada peranan penting untuk mengunyah makan dengan sempurna, bercakap dengan jelas dan memupuk rasa harga diri yang baik.






Tuesday, 1 March 2011

A Thought

At the end of your life, you will never regret not having passed one test, not winning one more verdict, or not closing one more deal.

You will regret time not spent with husband, child, parents or friend.

- Barbara Bush